Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, setakat Sabtu lalu sebanyak 833 kecacatan direkodkan dengan 93 daripadanya telah diperbaiki.

Tambahnya, kategori kecacatan tersebut telah dipecahkan mengikut skop kerja arkitek, mekanikal, elektrikal dan sivil, dengan baki kerja-kerja pembaikan kecacatan sedang giat dilaksanakan di tapak bina dan akan diteruskan sepanjang DLP.

“MMN Bina bertanggungg­jawab dalam baik pulih kecacatan itu dengan segala kos pembaikan berada di bawah tanggungan mereka.

“JKR ingin menegaskan, segala kelengkaparn gimnasium dan fisioterapi serta perabot mudah alih tidak termasuk dalam skop asal kontrak atau projek ini.

“Kami juga sedang memantau secara teliti kerja pembaikan tersebut. Jika kontraktor gagal melaksanakan tanggungiawabnya, tindakan tegas akan diambil sejajar dengan peruntukan terma-terma kontrak. JKR komited untuk menyelesaikan isu ini dengan kerjasama semua pihak,” jelas kenyataan itu.

Jumaat lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat lawatan mengejut ke AMD selepas mendengar banyak komen negatif.

Mengulas lanjut JKR berkata, projek pembinaan AMD Fasa II itu ditawarkan kepada kontraktor MMN Bina secara kontrak reka dan bina pada 2 Disember 2015 dengan harga kontrak RM81,832,000 dan tempoh siap asal selama 20 bulan.

“Ekoran beberapa isu pembinaan, tempoh kontrak asal telah dilanjutkan selama tiga bulan.

“Walau bagaimanapun, pihak kontraktor gagal menyiapkan projek ini dalam tempoh lanjutan yang ditetapkan dan telah dikenakan denda Gantirugi Rugi Tertentu & Gantirugi Ditetapkan (LAD) selama 56 hari. Keseluruhan kerja telah disiapkan secara praktikal pada 30 Mac 2018,” jelas kenyataan itu.