Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, setakat Sabtu lalu sebanyak 833 kecacatan direkodkan dengan 93 daripadanya selesai diperbaiki.

Tambahnya, kategori kecacatan tersebut telah dipecahkan mengikut skop kerja arkitek, mekanikal, elektrikal dan sivil, dengan baki kerja-kerja pembaikan kecacatan sedang giat dilaksanakan di tapak bina dan akan diteruskan sepanjang DLP.

“MMN Bina bertanggunggjawab dalam baik pulih kecacatan itu dengan segala kos pembaikan berada di bawah tanggungan mereka.

“JKR ingin menegaskan segala kelengkaparn gimnasium dan fisioterapi serta loose furniture (perabot boleh alih) tidak termasuk dalam skop asal kontrak atau projek ini.

“Kami juga sedang memantau secara teliti kerja pembaikan tersebut. Jika kontraktor gagal melaksanakan tanggungiawab dan obligasinya, tindakan tegas akan diambil sejajar dengan peruntukan terma-terma kontrak. JKR komited untuk menyelesaikan isu ini dengan kerjasama semua pihak,” jelasnya.

Jumaat lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat lawatan mengejut ke AMD selepas mendengar banyak komen daripada jurulatih, ibu bapa dan orang awam berhubung keadaan akademi itu yang mengalami banyak kerosakan.

Sebagai rekod, projek pembinaan AMD Fasa II itu ditawarkan kepada kontraktor MMN Bina secara kontrak reka dan bina pada 2 Disember 2015 dengan harga kontrak RM81,832,000.- UTUSAN ONLINE