Pemain pertahanan Brazil itu berhijrah dari Nou Camp ke Turin pada tahun lepas dan berjaya membantu pasukan baharunya itu meraih kemenangan 3-0 dalam aksi suku akhir pertama 11 April lalu.

Malah Alves berpendapat peluang Juventus meraih kemenangan ke atas Barcelona adalah sebanyak 60 peratus biarpun mereka meraih bekalan selesa untuk aksi suku akhir kedua.

“Saya berpendapat peluang kami adalah 60 peratus untuk ke saingan separuh akhir dan saya jangkakan saingan di Nou Camp bakal berlangsung penuh cabaran.

“Kami mahu menjaringkan gol bukan sekadar memikirkan untuk bermain secara bertahan.

“Jaringan pada perlawanan tersebut mampu memberikan impak yang besar buat kedua pasukan.

“Jika kami mampu untuk mengatasi Barcelona bermakna kami dapat menyingkirkan pasukan terbaik di dunia,” kata Alves. - REUTERS