Walaupun gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia Jun ini, Belanda tetap mempamerkan aksi bersemangat dengan memperoleh gol menerusi Memphis Depay, Ryan Babel dan Virgil van Dijk.

Sebaliknya Portugal yang diperkuatkan Cristiano Ronaldo dan turun berbekalkan reputasi tinggi sebagai antara pasukan pilihan di Rusia nanti beraksi hambar walaupun masih segar dengan kejayaaan menewaskan Mesir 2-1 juga dalam aksi persahabatan tiga hari sebelum itu. - AFP