Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aksi kembali ditunda

Skuad Harimau Malaya mempunyai banyak lagi masa untuk menjalani
SKUAD Harimau Malaya mempunyai banyak lagi masa untuk menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Korea Utara apabila saingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang yang sepatutnya berlangsung pada 8 Jun ini terpaksa ditunda berikutan perkembangan terbaharu mengenai ketegangan di negara berkenaan.

KUALA LUMPUR 17 Mei - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan untuk sekali lagi menunda perlawanan Korea Uta­ra menentang Malaysia ekoran ketegangan politik di negara tersebut.

Skuad Harimau Malaya di jadu­al bertemu Korea Utara dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 8 Jun ini namun disebabkan berlaku ketidakstabilan politik di negara itu telah memaksa AFC untuk menunda perlawanan tersebut.

Berdasarkan kepada tarikh kekosongan yang ada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan perlawanan tersebut bakal diadakan pada 5 Oktober ini.

Walaupun sebelum ini AFC mencadangkan agar perlawanan itu diadakan pada 8 Jun selepas ditunda pada 28 Mac lalu namun disebabkan perkembangan semasa mengenai keadaan negara tersebut telah membuatkan AFC meng­ubah keputusan mereka atas faktor keselamatan.

AFC akan memantau perkembangan terkini tahap keselamatan di Korea Utara terutamanya dalam perlawanan di antara kelab dari negara tersebut Kigwancha SC menentang Erchim FC dari Mongolia pada 31 Mei ini serta kelayakan kejohanan AFC Bawah 23 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Julai.

Selepas kedua-dua perlawanan tersebut, AFC akan membuat keputusan terhadap venue perlawanan di antara Korea Utara menentang Malaysia pada 5 Oktober ini.

Sebagai rekod, Harimau Malaya sepatutnya bertemu Korea Utara pada 28 Mac lalu bagaimanapun telah ditunda kepada 8 Jun selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali atas faktor keselamatan.

Ini berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain