Perbualan tersebut turut menyebut, penyerang remaja Harimau Malaya itu juga akan menerima sebuah kereta Toyota C-HR dan Vellfire.

“Mereka sudah edit (ubah perbualan), ia bukan WhatsApp saya.

“Depa (mereka) tular macam-macam lanie (sekarang). Saya pening.

“Saya pun tidak tahu apa motif buat macam ini. Ramai nak tau (ingin tahu) Mat Yat (Akhyar) pergi JDT atau dak (tidak), sebab tu depa buat cerita macam-macam. Saya lanie nak cakap pun payah (susah),” kata Rafdi.

Akhyar yang kini bersama skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF 2018 difahamkan akan menyertai juara Liga Super lima kali berturut-turut itu musim depan biarpun masih mempunyai kontrak bersama Kedah hingga 2019.

Sekiranya Akhyar memilih untuk menukar angin ke JDT, ia dianggap keputusan tepat memandangkan Harimau Selatan bakal bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), pentas yang sama sekali bakal memberi pendedahan baharu kepadanya.

Akhyar, 19, menjadi tumpuan sejak beberapa tahun ini apabila tampil dengan aksi menarik dalam setiap perlawanan, selain kerap menghasilkan gol-gol penting.