Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkata, JDT sudah pun mendaftarkan nama penyerang berusia 19 tahun itu pada 7 Januari lalu dan namanya masih dalam senarai menunggu.

“JDT sudah mendaftarkan pemain mereka termasuk Akhyar dan nama dia berada dalam senarai simpanan kerana masih kurang satu dokumen (surat pelepasan).

“Begitupun, berdasarkan peraturan sedia ada tiada sebab pemain tidak boleh didaftarkan jika ada keputusan yang mengatakan dia bebas daripada mana-mana pasukan,” kata Kevin dalam sidang akhbar di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE