Lewandowski yang kini sudah meledak 21 gol dalam semua kejohanan musim ini terlebih dahulu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-13 sebelum Tadic meledak dua gol masing-masing pada minit ke-61 dan minit ke-82.

Ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada Ajax, Lewandowski menyempurnakan penalti pada minit ke-87 sebelum Kingsley Coman meledak gol ketiga pasukannya pada minit ke-90 bagaimanapun nasib menyebelahi tuan rumah apabila Nicolas Tagliafico berjaya menyamakan kedudukan di saat akhir permainan. - REUTERS