Ahmad RAZIF
AHMAD RAZIF

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan penuh kepada kepemimpinan kerajaan negeri dan pasukan bola negeri Terengganu yang diterajuinya penghujung tahun lalu.

"Saya rasa lebih baik saya beri tumpuan kepada kedua-dua perkara itu dahulu, untuk akan datang datang, InsyaAllah saya akan tengok macam mana," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai hal tersebut petang ini.

Sementara itu, mengulas mengenai penarikan diri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin daripada jawatan tertinggi FAM beliau berkata, itu merupakan hak peribadi masing-masing.

Katanya, walau sesiapa yang terpilih menerajui badan itu, apa yang mustahak adalah mereka dapat menjalankan kerja dengan sebaiknya bagi memenuhi harapan rakyat terutama penyokong sukan bola sepak yang sangat tinggi. - UTUSAN ONLINE