Pelantikan itu dibuat pada Kongres Luar Biasa (EGM) Pafa malam ini yang antara lain diadakan bagi menubuhkan barisan jawatankuasa exco Pafa yang baharu sehingga tahun 2021.

Pada kongres berkenaan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula dikekalkan sebagai pengurus pasukan.

Ahmad Faizal berkata, beliau memikul jawatan Presiden Pafa setelah diberi penghargaan oleh gabungan persatuan bola sepak daerah untuk penggal ini.

"Barisan exco tidak banyak perubahan. Saya harap lantikan ini mendapat sokongan semua dan kita bekerja sebagai satu keluarga besar untuk memantapkan lagi sukan bola sepak di negeri ini.

"Yang penting, kita teruskan momentum kejayaan Perak, kalau tidak di peringkat antarabangsa, kita kekalkan kemenangan di peringkat nasional," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Ahmad Faizal turut menerima replika cek sumbangan sebanyak RM1 juta daripada penaja, KL Teh Land & Development Sdn  Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Teh Kok Lim.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, walaupun Pafa menerima pelbagai tajaan, pihaknya telah membuat keputusan untuk tidak memaparkan logo mana-mana syarikat pada jersi pasukan The Bos Gaurus.

Selain itu katanya, pihaknya juga bakal mengadakan majlis memperkenalkan pemain  secara besar-besaran pada 20 Januari depan di sini.

"Kita hanya akan letakkan logo 'Visit Perak' (pada jersi) dan saya sedang berusaha untuk meletakkan mesej-mesej yang baik. Kalau tak dapat 'no smoking', saya hendak letak 'save water' atau jimatkan air," katanya. - UTUSAN ONLINE