MUZILI AZNOR MUSA

Presiden ARM, Muzili Aznor Musa berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana program ini merupakan kerjasama sulung di antara All Reds Malaysia dengan Standard Chartered yang merupakan penaja global LFC.

Ujar beliau, kerjasama itu dengan sokongan Utusan Malaysia sebagai penyedia lokasi memberi ruang untuk ARM memperkenalkan lagi kelab ini kepada peminat-peminat LFC di seluruh Malaysia.

Aktiviti tersebut tambah beliau, membolehkan ahli-ahli ARM serta peminat saling mengenali satu sama lain dan kembali bertemu setelah kali terakhir berkumpul Mei lalu dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah Liverpool menentang Real Madrid pada Mei lalu.

“Ahli-ahli yang hadir akan berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program ini seperti sepak penalti, fussball, kuiz berkenaan LFC, teka jaringan dan juga cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk penganjuran kali ini termasuk 3 helai jersi LFC musim 2018-19 sebagai hadiah utama.

“Ini menjadi permulaan baik bagi All Reds Malaysia dalam menyediakan program-program buat ahli-ahli yang bakal dimasukkan dalam kalendar aktiviti kelab sepanjang musim ini dan akan datang,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muzili berkata, tempat adalah terhad kepada 300 orang peserta sahaja dan orang ramai yang berminat untuk turut serta, boleh mendaftar nama dan butiran peribadi anda kepada jawatankuasa bertugas iaitu Mohd Hasmuni 012-9034594 dan Sufri 017-2396445 sebelum tengahari Sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Kemampanan dan Hal Ehwal Korporat Standard Chartered, Mastura Adnan berkata, acara tajaan pihaknya itu, terbuka kepada ahli ARM dan tetamu undangan Standard Chartered Bank iaitu kakitangan dan pelanggan terpilih Bank yang menyokong LFC.