Dalam perlawanan tersebut penyerang itu meledak dua gol ketika babak pertama sebelum melengkapkan jaringan hatrik pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan 5-0 buat City.

Gol hartrik itu membolehkan pemain kebangsaan Argentina itu setaraf dengan bekas penyerang Southampton, Blackburn Rovers dan Newcastle United, Shearer.

Aguero, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman City, menjadi pemain keenam Liga Perdana yang terlibat dalam 200 gol bersama satu pasukan.

Lebih menakjubkan pemain berusia 30 tahun itu memaparkan aksi dominan ketika menafikan cabaran Chelsea dengan menjaringkan hatrik keduanya dalam tempoh seminggu selepas melakukan perkara yang sama ke atas Arsenal, tujuh hari lalu.

Kemenangan City itu membolehkan mereka kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan Aguero kini muncul penjaring terbanyak musim ini bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah dengan masing-masing telah meledak 17 gol. - AGENSI