Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Afif usaha lupa kisah lalu

Mohd. Afif Amiruddin (dua dari kiri) mendapat nasihat daripada
Mohd. Afif Amiruddin (dua dari kiri) mendapat nasihat daripada Dollah Salleh agar melupakan pengalaman lalu dan berusaha untuk menaikkan semula martabat skuad Harimau Malaysia.

SHAH ALAM 16 Mac - Pemain pertahanan Pahang, Mohd. Afif Amiruddin menyifatkan panggilan untuk menyertai skuad Harimau Malaysia pada kali ini seperti membuka lembaran baharu untuk dirinya selepas dua tahun dia terlibat dalam insiden kekalahan memalukan

Sebelum ini, Afif bersama skuad Harimau Malaysia yang ketika itu dibimbing oleh Dollah Salleh mengalami kekalahan besar apabila dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018-Piala Asia 2019 pada 3 September 2015 sehingga mendorong Dollah untuk melepaskan jawatannya.

Kekalahan itu diakuinya turut memberi kesan yang mendalam terhadap kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Bagaimanapun, bagi pemain berusia 32 tahun itu kekalahan tersebut telah pun dilupakannya dan Afif kini bertekad untuk membantu Harimau Malaysia memperbaiki kedudukan ranking yang ketika ini berada di tangga ke-161 dunia apabila mereka bakal menghadapi Filipina dalam aksi persahabatan di Stadium Memorial Rizal pada 22 Mac ini.

“Alhamdulillah saya dapat kembali menyertai skuad kebangsaan pada kali ini selepas dua tahun. Saya mahu buka buku baharu sebab kali terakhir saya bersama pasukan kebangsaan kami teruk pada waktu itu dan saya harap penyertaan pada kali ini dapat membantu ranking Harimau Malaysia.

“Memang benar, kekalahan 10-0 kepada UAE memberi kesan yang sangat negatif kepada saya dan juga karier saya. Bukan mudah untuk saya melupakannya.

“Selama dua tahun lalu saya banyak berusaha dan dapat panggilan skuad kebangsaan ini boleh dikatakan bonus untuk diri saya. Kalau boleh saya mahu meng­ubah mimpi ngeri yang pernah dilalui sebelum ini,” katanya kepada pemberita sebelum latihan skuad kebangsaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Afif memberitahu Dollah yang ketika ini merupakan pengendali skuad Tok Gajah banyak memberi doro­ngan kepadanya sebaik sahaja dia menerima panggilan menyertai skuad kebangsaan malah bekas pengendali Harimau Malaysia itu turut memberi kata-kata sema­ngat kepadanya.

“Selepas kekalahan teruk itu saya mahu membuktikan kepada orang lain yang saya mampu bangkit pada bila-bila masa sahaja. Jurulatih Dollah ada memberi pesanan kepada saya supaya tidak berputus asa dengan apa yang telah berlaku dan dia suruh saya bangkit kembali.

“Dia juga memberitahu saya agar buat sesuatu untuk skuad kebangsaan dan jangan terlalu memikirkan tentang apa yang berlaku. Apa yang sudah berlaku itu biarkan berlalu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain