Perkara itu disahkan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest yang menyifatkan pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara itu menjadi sebahagian daripada pelan jangka panjang Harimau Selatan.

Selain Adam dan Syamer, penyerang muda Kedah yang juga pemain skuad B-22, Syafiq Ahmad serta penyerang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC Muhammad Shahrel Fikri turut dikatakan bakal menyertai JDT. -UTUSAN ONLINE