Donnarumma ketika ini menjadi buruan banyak kelab-kelab gergasi Eropah kerana pemain itu dianggap sebagai calon pengganti paling sesuai kepada penjaga gol Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon.

Pengurus Besar AC Milan, Marco Fassone berkata, ejen pemain tersebut sudah memaklumkan kepada dia berhubung niat penjaga gol tersebut.

“Mino Raiola (ejen pemain terbabit) telah memberitahu saya tiada lanjutan kontrak bersama Donnarumma dan keputusan itu muktamad.

“Kami kecewa dengan keputusan ini tetapi Milan akan terus memandang ke depan,” kata Fassone.

Spekulasi sebelum ini hangat mengatakan penjaga gol berusia 18 tahun itu akan dijual selepas berada dalam radar Real Madrid dan Paris Saint Germain (PSG). - AFP