Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AC Milan kecewa Donnarumma tidak sambung kontrak

Gianluigi Donnarumma yang bakal meninggalkan AC Milan kini menjadi
Gianluigi Donnarumma yang bakal meninggalkan AC Milan kini menjadi sasaran Real Madrid dan PSG.

ROM 16 Jun – AC Milan akui amat kecewa apabila penjaga gol terbaik pernah dimiliki, Gianluigi Donnarumma tidak berminat melanjutkan kontrak bersama kelab gergasi Itali itu.

Donnarumma ketika ini menjadi buruan banyak kelab-kelab gergasi Eropah kerana pemain itu dianggap sebagai calon pengganti paling sesuai kepada penjaga gol Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon.

Pengurus Besar AC Milan, Marco Fassone berkata, ejen pemain tersebut sudah memaklumkan kepada dia berhubung niat penjaga gol tersebut.

“Mino Raiola (ejen pemain terbabit) telah memberitahu saya tiada lanjutan kontrak bersama Donnarumma dan keputusan itu muktamad.

“Kami kecewa dengan keputusan ini tetapi Milan akan terus memandang ke depan,” kata Fassone.

Spekulasi sebelum ini hangat mengatakan penjaga gol berusia 18 tahun itu akan dijual selepas berada dalam radar Real Madrid dan Paris Saint Germain (PSG). – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain