Majlis anjuran KL Kopites itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan sesama penyokong selain meluangkan masa bersama bagi menyaksikan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini di antara Liverpool dan Wolverhampton.

Pelbagai program disediakan kepada hadirin termasuk cabutan bertuah, lelongan jersi yang ditandatangani pemain serta beberapa acara sampingan lain.

Majlis yang bermula sekitar 6 petang itu turut dihadiri bekas pemain Liverpool, Dominic Matteo selain legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani; Datuk M. Karathu, Azman Adnan serta selebriti tanah air, Altimet.

“Saya gembira untuk kembali ke sini untuk meluangkan masa bersama penyokong-penyokong Liverpool.

“Program ini adalah sesuatu yang baik bagi merapatkan hubungan sesama penyokong di sini,” kata Matteo semasa berucap pada majlis itu.

Pada majlis itu turut diserahkan sumbangan kepada rumah kebajikan Lighthouse Home selain Yayasan LFC dan Yayasan Carra 23.-UTUSAN ONLINE