Yusri berkata, ‘This Is Kota Bharu’ yang dimaksudkan ialah corak permainan menyerang, agersif dan tidak memberi ruang kepada lawan seperti yang pernah diperagakan ketika dibawah kendaliannya musim lalu.

“Saya menuntut kembali semangat itu kerana ia amat baik untuk pasukan dan mampu mengelak TRW keciciran mata di laman sendiri.

“Selepas meninggalkan Kota Bharu saya tidak pernah melihat mereka beraksi selepas itu tetapi saya harapkan sesuatu yang positif,” katanya.

Yusri berkata, Kelantan tidak boleh terus keciciran mata walaupun masih mempunyai baki 12 perlawanan selepas ini.

“Saya amat berharap pemain tidak melepaskan jaringan dan dalam masa sama cuba mencari kemenangan kerana mata amat penting.

“Jadi kalau mereka beri segalanya sukar untuk dikalahkan di laman sendiri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yusri berkata, Kelantan tempang selepas kehilangan dua tonggak utama akibat penggantungan.

Dua tonggak itu ialah perancangan tengah Nik Akif Syahiran Nik Mat, Nik Azli Nik Alias dan Mohammad Azwan Aripin.