Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah membuka peluang bagi negara-negara di Asia, Afrika, dan Amerika Utara untuk ikut serta.

Namun, tetap saja negara dari Eropah dan Amerika Selatan yang mendominasi persaingan, seperti yang ditampilkan di final ketika Perancis bertemu Brazil.

Piala Dunia kali ke-16 itu menyaksikan tiga buah negara berminat untuk menjadi tuan rumah iaitu Switzerland, Perancis dan Morocco.

Pada 1 Julai 1992, FIFA memutuskan Perancis bakal menjadi penganjur bagi kejohanan tersebut menyaksikan negara itu menjadi tuan rumah buat kali kedua selepas kali pertama pada 1938.

Lebih manis penganjuran kali kedua itu, menyaksikan Perancis muncul juara sulung selepas menundukkan Brazil 3-0 dalam aksi final di Stade de France, Saint-Denis.

Dalam perlawanan itu menyaksikan, dua gol hasil jaringan Zinedine Zidane dan satu gol menerusi Emmanuel Petit.

Sebanyak 171 gol tercipta sepanjang kejohanan itu berlangsung bermula daripada jaringan pembukaan pemain tengah Brazil, Cesar Sampaio dan ditutup dengan ledakan Petit pada aksi final.

Kejayaan itu melonjakkan nama-nama bintang Perancis antaranya Robert Pires, Fabien Barthez, Zidane, Petit, Christian Karembeu, Marcel Desailly, Laurent Blanc dan ramai lagi.

Pasukan itu juga diberikan gelaran sebagai ‘Generasi Emas’ dan sehingga hari ini pasukan itu masih tiada pengganti.

Penyerang Brazil, Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan, Michael Owen penggempur pasukan England dinobatkan pemain muda terbaik.

Dalam pada itu, penjaga gol Perancis, Barthez turut memenangi anugerah penjaga gol terbaik dan kasut emas menjadi milik penyerang Crotia, Davor Suker.