Pemandu lori itu dilihat melempar sisa makanan daripada seorang kanak-kanak yang telah selesai menikmati sebiji pisang, lapor akhbar Britain, The Sun. Dia mengakui melempar ke arah bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang tanpa memikirkan implikasi perkauman.

“Saya tidak bersikap perkauman. Saya sebenarnya Cypriot Yunani. Saya bersumpah bahawa saya bukan seperti itu. Saya memohon maaf jika saya telah menyinggung sesiapapun dari kedua-dua belah kelab, terutama Tottenham.

“Saya telah membuat perkara gila dan saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan dengan cara sebegini. Saya tidak bermaksud apa-apa,” katanya.

Ahad lalu, keterujaan Aubameyang untuk meraikan jaringan gol pembukaan Arsenal dicemari insiden luar jangkaan apabila dia dilempar kulit pisang oleh seorang penyokong Tottenham. – AGENSI