“Saya tidak percayakan pasukan ini. Mereka tidak mempunyai keistimewaan.

“Mereka tidak memiliki pemimpin seperti Zinedine Zidane untuk mengepalai mereka, yang mana seseorang yang tahu bagaimana untuk merangsang sesebuah pasukan.

“Mereka perlu beraksi dalam satu pasukan,” kata jurulatih dari Norway itu yang sudah membimbing Denmark sejak tiga tahun lalu.

Jurulatih berusia 64 tahun itu juga mengkritik bintang Manchester United, Paul Pogba berhubung penampilan dan gaya rambutnya.

“Dia bermain menentang Manchester City dengan rambutnya diwarnakan biru dan putih, mungkin dia harus mengenakan merah dan putih jika mahu menentang kami.

“Bagus, dia hanya memikirkan tentang potongan rambutnya,” jelas jurulatih tersebut.

Dalam masa sama, Hareide berkata, dia berharap dapat memimpin Denmark dengan lancar pada kempen Piala Dunia 2018.

“Berjaya melangkah ke pentas Piala Dunia bagi saya ia sudah cukup menggembirakan saya,” katanya.

Denmark mengatasi Ireland 5-1 dalam kelayakan untuk ke Piala Dunia dan mereka diundi dalam Kumpulan G berdepan Peru, Australia dan Perancis.- AFP