“Orang lain tu,” jelasnya ringkas ketika ditanya tentang gambar tersebut.

Syazwan, 23, sebalik­nya menegaskan, dia belum membuat keputusan pasukan mana mahu diwakili dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini biarpun saingan bakal membuka tirai pada 2 Februari.

“Belum sain kontrak apa lagi, tidak tahu belum pasti (ke JDT). Lebih baik berdiam, tidak mahu kecoh nanti lagi pening.

“Ada tawaran tetapi saya tengah fikir lagi.

“Dalam minggu depan saya akan maklumkan beraksi untuk pasukan mana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Syazwan mengakui, dia sememang­nya mahu meninggalkan skuad The City Boys kerana kontraknya bersama Persa­tuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terbatal selepas gajinya tidak dibayar dua bulan. - UTUSAN ONLINE