Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin bagaimanapun menjelaskan ‘kongres’ tersebut sebagai tidak sah, tidak diiktiraf serta tidak mengikut prosedur yang betul, selain ditolak oleh baginda sendiri dan persatuan.

“Pendirian beta mengenai kesahihan ‘perjumpaan’ yang kononnya telah diadakan tersebut adalah terbatal dan tidak sah kerana ia tidak memenuhi Artikel 30 yang termaktub dalam Statut FAS. 

“Mereka juga gagal untuk memberi sebarang bukti yang menunjukkan mempunyai korum secukupnya untuk mengadakan kongres

apabila telah diminta untuk berbuat demikian.

“Dengan demikian beta menolak dan tidak mengiktiraf sebarang keputusan yang diadakan dalam perjumpaan yang kononnya ‘kongres’ tersebut, termasuklah kononnya ahli jawatankuasa FAS yang baharu dilantik,” titah Tengku Amir dalam kenyataannya hari ini. - UTUSAN ONLINE