Guardiola juga menegaskan, biarpun sudah sebelah kaki ke final, dia juga akan mengambil serius separuh akhir kedua di Eton Park pada 24 Januari nanti.

“Kemenangan besar mengesahkan tempat kami ke perlawanan akhir, namun kami masih perlu melengkapkan separuh akhir kedua dan mengambil serius cabaran itu.

“Sebelum perlawanan, saya beritahu pemain, jika mereka lupa untuk menyerang itu bermakna mereka tidak hormat lawan dan pertandingan ini.

“Kami juga bercakap tentang perkara itu ketika rehat, jadi pemain cuba mendapatkan sebanyak mungkin gol.

“Itu adalah cara terbaik kami untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang lain,” kata Guardiola.

City mendahului 4-0 pada babak pertama dan Gabriel Jesus mencuri tumpuan di Etihad apabila meledak empat gol.

Lima lagi gol The Citizens disempurnakan oleh Kevin De Bruyne, Oleksandr Zinchenko, Phil Foden, Kyle Walker dan Riyad Mahrez.

Guardiola juga mengakui, terdapat jurang ketara antara kelab Liga Perdana dan Liga Satu, terutama daripada segi kelajuan permainan. – AGENSI