Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman menyambut baik usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan kontraktor utama, MMN Bina Sdn. Bhd.

“Terima [email protected] Saya akan pantau perkembangan ini. Belum sampai enam bulan tetapi kecacatan dah lebih 800 direkodkan.

“Kita kena proaktif dalam memastikan segala kerosakan dan kecacatan dibetulkan. Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali untuk membetulkan keadaan,” tulis Syed Saddiq dalam Twitter

JKR dalam satu kenyataan semalam berkata, semua masalah melibatkan infrastruktur AMD di Gambang sedang giat dibaik pulih oleh MMN Bina Sdn. Bhd. yang masih tertakluk di bawah Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) projek tersebut bermula pada 31 Mac 2018 hingga 30 Mac 2020.

JKR turut menjelaskan tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat berkenaan sejajar dengan peruntukan kontrak.

Jumaat lalu, Syed Saddiq membuat lawatan mengejut ke akademi berkenaan dan kecewa dengan pelbagai kepincangan di AMD yang dibina dengan kos RM85 juta.

Antaranya kemudahan di akademi berkenaan tidak diselenggara dengan baik selain beberapa kerosakan fasiliti.

“MMN Bina bertanggungjawab dalam baik pulih kecacatan itu dengan segala kos pembaikan di bawah tanggungan mereka.

“JKR ingin menegaskan, segala kelengkapan gimnasium dan fisioterapi serta perabot mudah alih tidak termasuk dalam skop asal kontrak atau projek ini.

“Kami juga sedang memantau secara teliti kerja pembaikan tersebut. Jika kontraktor gagal melaksanakan tanggungjawabnya, tindakan tegas akan diambil sejajar dengan peruntukan terma-terma kontrak.

“JKR komited untuk menyelesaikan isu ini dengan kerjasama semua pihak,” menurut JKR dalam kenyataan semalam.