Benzema telah diketepikan daripada mewakili Les Blues sejak terbabit dengan kes peras ugut pita rakaman seks rakan sepasukan dalam skuad Perancis, Mathieu Valbuena pada 2015.

Penyerang tersebut tidak terlibat dalam Euro 2016, malah disisihkan dalam kempen kelayakan untuk Piala Dunia tahun ini, sebelum sekadar menyaksikan skuad kendalian Didier Deschamps menjulang trofi kejuaraan berprestij tersebut di Rusia.

Kini Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet mengumumkan bahawa Benzema seperti tidak mempunyai tempat lagi bersama Les Blues.

“Kontroversi melibatkan Valbuena-Benzema itu sehingga kini masih menjadi sebutan.

“Ia sudah berlalu tiga atau empat lalu dan sepatutnya dihakimi lebih cepat, jika tidak ia akan menghantui mereka.


“Saya tidak mempunyai maslaah dengan Karim, dia sentiasa berkelakuan baik bersama pasukan (kebangsaan), namun saya fikir masalah depan dia dengan Les Blues sudah berakhir. Nampaknya dia seperti sah disingkirkan,” kata Le Graet kepada Ouest-France.

Djaziri bagaimanapun mempersoalkan kenyataan Presiden FFF itu menerusi Twitter dengan menyifatkan Le Graet seperti tiada rasa bersalah kepada Benzema.

“Noel, anda sudah pun menutup karier antarabangsa Benzema pada Jun 2018 dan anda sekali lagi melakukannya pada masa sama, bermakna anda menghinanya.

“Apakah permainan anda? Anda tidak rasa bersalah? Tulis kepada FIFA dan benarkan dia mewakili negara lain dan kita lihat prestasinya nanti,” tulisnya.

Sementara itu, Benzema menjelaskan dia berharap Le Graet berhenti daripada bercakap mengenainya.

“Tuan Le Graet, saya minta anda lupakan mengenai saya,” tulis Benzema menerusi Twitter.- AGENSI