Spekulasi berhubung masa depan Mourinho menjadi isu yang diperkatakan ketika ini selepas United memulakan musim ini de­ngan hambar.

Walau bagaimanapun kemenangan ke atas Newcastle itu membolehkan dia meyakinkan semula ahli lembaga kelab berkenaan termasuk Naib Pengerusi Eksekutifnya, Ed Woodward.

Mourinho berkata dia perlu mendapatkan soko­ngan tidak rasmi daripada ahli lembaga selain percaya Woodward akan memberikan pertimbangan sewajarnya selepas membaca laporan akhabar berkenaan kemenangan United ke atas Newcastle.

“Mereka yang membaca akhbar, mereka yang meng­ikuti media sosial, mereka mesti menganggap yang mungkin saya sudah tiada.

“Jika saya tidak me­nerima mesej daripada ahli lembaga saya untuk tidak membaca (akhbar) saya mungkin sudah yakin,” kata Mourinho.

United menang selepas bangkit dengan menjaringkan tiga gol berturut-turut menerusi Juan Mata (minit ke-70), Anthony Martial (minit ke-76) dan Alexis Sanchez (minit ke-90).

Newcastle pada mulanya mendahului selesa menerusi jaringan Kenedy pada minit ketujuh dan Yoshinori Muto pada minit ke-10. – AFP