Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

6 ‘final’ tentukan kejuaraan Chelsea

PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte mengakui peluang The Blues untuk
PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte mengakui peluang The Blues untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini semakin sukar terutama selepas tewas 0-2 kepada Manchester United, awal pagi tadi.

MANCHESTER 17 April - Chelsea perlu berdepan enam ‘aksi final’ bagi merealisasikan impian merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas tunduk 0-2 kepada Manchester United, awal pagi tadi.

Pengendali The Blues, Antonio Conte mengakui peluang mereka untuk muncul juara kini berada pada tahap 50 peratus sahaja.

Harapan untuk melebarkan juarnag tujuh mata ke atas Tottenham di kedudukan kedua tidak kesampaian selepas mereka keciciran mata di Old Trafford.

Chelsea masih kekal sebagai pendahulu dan hanya akan berdepan satu daripada tujuh pasukan teratas liga iaitu Everton dalam enam perlawanan terakhir

Conte turut menegaskan bahawa Chelsea tidak lagi dilihat sebagai pilihan utama untuk menjadi.

“Kami harus fikir yang kami ada enam ‘final’ bermula dari sekarang hingga tamat saingan musim ini.

“Peluang untuk menjuarai liga masih terbuka dan peluang kami hanya 50 peratus untuk menjuarai liga,” kata Conte yang kehilangan khidmat penjaga gol, Thibaut Courtois kerana masalah kecederaan dan pemain sayap, Marcos Alonso yang dijangkiti virus.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain