Difahamkan penjualan tiket di kaunter diperuntukkan sebanyak 500 keping sahaja manakala pembelian secara online telah habis terjual sebelum kejohanan Siri Super Premier yang bermula 4 April hingga hari ini.

Tinjaun Utusan Malaysia mendapat peminat sukan badminton di sini adanya telah menunggu seawal 9 pagi lagi bagi dapat menyaksikan aksi akhir secara langsung di Stadium Perpaduan terutama perlawanan epik Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan.

Bagaimanapun, ekoran peminat badminton yang ramai di sini, pengurusan kejohanan akan menayangkan secara langsung di skrin gergasi di Pusat Akuatik Sarawak dan di dataran berdekatan stadium bagi orang ramai dapat menyaksikan aksi final. - UTUSAN ONLINE