Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kehadiran penyokong Malaysia dan Ultras itu penting bagi memastikan skuad Tang Cheng Hoe mendapat sokongan padu dalam perlawanan timbal balik kedua aksi final, sepertimana dibuktikan di Bangkok Rabu lalu.

"Pada aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, AirAsia menyediakan ada menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas tetapi bagi aksi final ini, kita nak lebih banyak lagi dan bagi tujuan itu, kita sedang berunding dengan AirAsia serta MAB.

"Kita mengharapkan sekurang-kurangnya tiga buah pesawat penerbangan khas tetapi ia masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf, di sini hari ini.

Malaysia mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas mengikat juara bertahan Thailand 2-2, pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok dan akan bertemu Vietnam selepas pasukan berkenaan mengalahkan Filipina dengan agregat 4-2.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu pada 11 Disember sebelum aksi final kedua di Hanoi, 15 Disember ini. - UTUSAN ONLINE