Mohd. Amirul Izwan Yaacob

Mohd. Amirul, 29, yang bertugas di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, dekat sini menyifatkan pemilihannya sebagai satu penghormatan buat negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, dia merupakan antara trio pengadil dari benua Asia yang akan mengadili kejohanan tersebut.

Dua lagi pengadil dari Asia yang akan bertugas dalam kejohanan itu ialah dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, katanya.

Selain Mohd. Amirul, dua pembantu pengadil dari Malaysia iaitu Yusri Mohammad, 34, dari Pahang dan Azman Ismail, 40, dari Pulau Pinang turut terpilih ke kejohanan di Chile itu nanti.

“Paling kurang saya akan mengadili dua perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan di Chile nanti. Sama ada saya akan mengadili perlawanan peringkat seterusnya, itu bergantung kepada prestasi saya semasa perlawanan sebelumnya.

“Bagi saya terpilih ke kejohanan Piala Dunia merupakan satu penghormatan kepada negara dan akan cuba mengadili perlawanan sebaik yang mungkin dan mengelak daripada melakukan kesilapan,” katanya ketika ditemui selepas Kongres Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), di sini semalam.

Menjadikan Subkhidin Mohd. Salleh sebagai mentor, Mohd. Amirul berkata, azamnya ialah untuk mengikut jejak bekas pengadil Malaysia yang sangat dihormati itu sehingga mendapat kepercayaan untuk mengadili perlawanan dalam kejohanan Piala Dunia.

“Ketika mengadili sesuatu perlawanan, perkara yang paling saya bimbang ialah jika berlaku pertukaran keputusan terutama yang melibatkan insiden di dalam kawasan penalti.

“Untuk kejohanan di Chile nanti, saya akan berhati-hati dalam setiap keputusan dan mengelak daripada membuat kesilapan,” katanya.

Mohd. Amirul menerima anugerah Pengadil Lelaki Terbaik dalam majlis Malam Anugerah Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2015 di Yangon, Myanmar pada Ogos lalu.