Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2,005 anggota polis kawal final Piala FA

SHAH ALAM 19 Mei – Sebanyak 2,005 anggota polis akan ditugaskan untuk memastikan perlawanan akhir Piala FA antara Pahang dan Kedah di Stadium Shah Alam di sini malam esok berjalan tanpa sebarang gangguan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis juga dibantu oleh 310 anggota keselamatan lain termasuk yang disediakan penganjur dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurutnya, perubahan di pintu masuk turut dilakukan untuk menjamin keselamatan dan melancarkan pergerakan masuk ke stadium dengan memperkenalkan tiga lorong iaitu untuk kanak-kanak, penyokong yang membawa beg dan penyokong yang tidak membawa beg.

“Seperti sebelum ini, penyokong akan melalui tiga lapisan pemeriksaan keselamatan iaitu daripada pengawal keselamatan, polis dan pengimbas tiket.

“Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi kawalan keselamatan yang ditetapkan selain tidak membawa barang terlarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien memberitahu, pihak polis turut menu­buhkan pasukan khas untuk memantau penggunaan tiket dan pas VIP palsu dalam kalangan penyokong.

“Penyokong juga tidak dibenarkan menggunakan dron kerana kita ada dron khas yang dikendalikan oleh unit udara,” jelasnya.

Tambah Shafien, pintu stadium akan dibuka seawal 4 petang dan beliau menyarankan penyokong kedua-dua pasukan datang awal.

“Penyokong Kedah diminta masuk menggunakan Pintu A dan D manakala penyokong Pahang di Pintu B dan C,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain