Sekumpulan lapan penyokong ditahan di Plaza Mayor, kawasan tumpuan pelancong di Madrid selepas tamat perlawanan yang menyaksikan tiga polis dan dua penyokong mengalami kecederaan ringan.

Polis tempatan memberitahu, penyokong tersebut bertindak melakukan kekacauan sebelum perlawanan berlangsung.

“Polis terpaksa mengambil tindakan beberapa kali,” katanya yang memberitahu dua lagi penyokong turut ditahan manakala penyokong lain dibenarkan ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.-AFP