PIALA FA
 

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superitenden Kamal Khan Mohd. Shariff berkata, polis juga dibantu oleh 230 pengawal, 200 Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta 50 pegawai dan anggota bomba.

“Kami menganggarkan 80,000 penonton akan hadir semasa perlawanan ini, jadi kami meminta penyokong untuk datang lebih awal bagi mengelak kesesakan di pintu masuk stadium.

“Sebanyak lima pintu akan dibuka iaitu pintu A, B, C, D dan E. Pintu A, B dan C untuk penyokong Selangor manakala C, D, E untuk penyokong Pahang,” katanya. - UTUSAN ONLINE