“Kami mendapat kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sudi menyumbangkan bola yang turut telah ditandatangani semua pemain skuad negara dalam kejohanan itu,” kata Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Jualan amal dalam sambutan bertemakan ‘Menggapai Emas Harta Intelek Dan Sukan’ ini diadakan dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Uptown Sports, Bangi, Selangor dari pukul 2.30 hingga 6 petang.

Jelasnya, antara atlet semasa dan bekas jaguh telah menyatakan persetujuan menyertainya ialah Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan), Khalid Ali (bola sepak), Faridil Atras @ Noor Zuraidi Othman (golf), Paul Davidson Swamidass (karate) dan Mohd. Rodzhanizam Mat Radzi (hoki).

“Kesemua hasil jualan barangan itu akan dimasukkan ke dalam Tabung Yakeb Bagi Bekas Atlet’ khusus bagi membantu bekas-bekas atlet negara dalam kos perubatan,” kata­nya dalam sidang akhbar di ibu pejabat MyIPO di sini hari ini.

Yakeb tidak menetapkan sasaran tertentu hasil jualannya dan terserah kepada orang ramai yang mungkin sudi meletakkan harga menurut keinginan mereka contohnya terhadap bola perlawanan akhir Piala AFF itu. - UTUSAN ONLINE