Jaganathan berkata, Vietnam mempu­nyai program pembangunan olahraga para yang sama de­ngan atlet normal mereka malah ke­semuanya menjalani latihan di luar negara - menjadikan me­reka sebagai pencabar utama Malaysia dalam olahraga selain Thailand dan Indonesia.

“Vietnam mempersiapkan atlet mereka dengan berlatih di luar negara iaitu di China berbanding atlet-atlet Thailand yang berlatih sepenuh masa.

“Kita selalu mendapat No. 3 di belakang Thailand dan Indonesia tetapi sekarang ada pencabar baharu iaitu Vietnam yang telah menunjukkan kemajuan dengan cepat,” katanya ketika ditemui.

Olahraga Sukan Para ASEAN akan berlangsung pada 18-22 September di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dalam edisi 2015, Malaysia meraih 27 pingat emas untuk menamatkan persaingan di kedudukan ketiga keseluruhan.

Jaganathan bagaimanapun yakin 40 pingat emas yang di­sasarkan oleh skuad olahraga negara mampu dicapai berdasarkan peningkatan dipamerkan oleh anak-anak buahnya ketika sesi ujian masa baru-baru ini.