Ibrahim yang sudah melaungkan azan sejak 15 tahun di sebuah bandar di negara tersebut dipecat Kementerian Dalam Negeri Israel selepas mendakwa penyertaannya dalam satu kejohanan bina badan pada 2017 bertentangan agama.

Jurucakap kementerian itu berkata, Ibrahim dipecat kerana berpakaian tidak sepatutnya sepanjang menyertai kejohanan.

“Ahli bina badan biasanya memakai seluar dalam ketika pertandingan dan dia mempu­nyai banyak gambar dalam pakaian sedemikian,” ujarnya.

Ibrahim, 46, berkata, dia tidak pernah merasakan aktiviti riadah itu bertentangan dengan agama.

“Keputusan ini tidak adil. Agama Islam menggalakkan mana-mana individu bersukan,” katanya yang ‘bermain dengan besi’ sejak usia muda dan sangat terkenal di Acre.– AFP