Skuad kebangsaan tewas dengan tiga wiket yang sekali gus menyaksikan Singapura menebus kehampaan mereka dalam acara 50 over, untuk membawa pulang pingat emas.

Dalam aksi hari ini, Malaysia melakukan 117-7 wiket (20 over), manakala Singapura membalas 118-7.

Walaupun tewas, pemain negara, Virandeep Singh cemerlang apabila menyempurnakan 57 larian yang merupakan jumlah larian tertinggi pada pertemuan itu.

Pengurus pasukan, Shanker Retinam ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, sekalipun skuad negara tewas dan gagal memenangi pingat emas seperti yang disasarkan dalam T20, dia masih tetap berpuas hati dengan persembahan pemain.

“Kekalahan kita berpunca daripada jumlah larian yang tidak mencukupi sewaktu di awal aksi.

“Walaupun tewas, saya masih berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan barisan pemain Malaysia,” katanya.