Pengarah akademi tersebut, Nasiruddin Wan Idrus berkata, peserta berkenaan yang berusia antara 18 hingga 20 tahun telah melepasi pelbagai ujian sebelum terpilih dan kini berpotensi menyertai pasukan pelapis kepada pelumba profesional TSG sedia ada.

Mereka yang terpilih ialah Muhammad Aidil Nazhan Nizam, Muhammad Abdul Hadi Azahar, Muhammad Khalid Nasiruddin, Muhammad Nasrullah Zakaria, Muhammad Ariff Redzuan Zulkefli, Wan Muhammad Hamizan Ifwat Wan Badrulfadli Sham dan Wan Abdul Rahman Hamdan.

“Mereka akan dilatih oleh pasukan kejurulatihan dan pelumba profesional Terengganu Inc TSG Cyling Team bagi memastikan mutu latihan yang diterima adalah terbaik dan bertaraf antarabangsa,” kata Nasiruddin. - BERNAMA