Bagaimanapun, keputusan ini seperti sudah dijangkakan memandangkan Azizulhasni, 30, awal-awal lagi sudah mengumumkan dia tidak cergas sepenuhnya daripada jangkitan virus yang dihidapinya ketika kejohanan dunia di Apeldoorn, Belanda bulan lalu.

Dalam aksi final, pemilik nama jolokan thepocketrocketman itu dilihat telah mencuba bersungguh-sungguh untuk memberikan saingan bermakna dalam perlumbaan itu dengan sempat berada di depan pada satu ketika.

Namun ketika semua pelumba melakukan pecutan di pusingan terakhir, di situ nampak jelas Azizulhasni seperti tidak bermaya untuk melakukan henjutannya yang terkenal itu sebaliknya membiarkan lawan lain terus ke depan dan tidak mengejar lagi.

Acara keirin hari ini dimenangi pelumba tuan rumah, Matt Glaetzer manakala perak milik pelumba Wales, Lewis Oliva dan gangsa milik pelumba New Zealand, Edward Dawkins. - UTUSAN ONLINE