Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

'Tetap mahu tanding'

Atlet para enggan tarik diri biarpun masih trauma

KAMARUL AIZAT OTHMAN
KAMARUL AIZAT OTHMAN

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Biarpun masih trauma dan perlu melalui laluan yang sama ketika kemalangan berlaku, namun Mohd. Khairul Azwan Wahab serta Mohd. Khairul Nizam Mohd. Ali tetap bertegas mahu bertanding dalam Sukan Para ASEAN Kesembilan yang bakal membuka tirai pada 17 September ini.

Perkara itu didedahkan penolong pengurus pasukan basikal para negara, Kamarul Aizat Othman selepas me­ngadakan perbincangan de­ngan kedua-dua pelumba tersebut sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.

Menurut Kamarul Aizat, dalam pertemuan itu, Khairul Azwan dan Khairul Nizam menunjukkan reaksi positif dan amat bersemangat untuk menyertai Sukan Para ASEAN.

Begitupun, keputusan sama ada mereka boleh bertanding atau tidak hanya akan ditentukan pihak pe­ngurusan selepas mendapatkan pandangan doktor dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, doktor perubatan pasukan negara akan memantau perkembangan kesihatan mereka yang telah dibawa pulang ke penginapan rasmi kontinjen para negara di Hotel Seri Pasific, hari ini.

“Hari ini dua pelumba kita iaitu Khairul Azwan dan Khai­rul Nizam (cacat penglihatan) telah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh dan kembali ditempatkan di penginapan rasmi kontinjen Para ASEAN negara, namun dua orang pilot (pengiring) iaitu (Nur) Syafiq Suhaimy dan (Nor) Ridzuan Zainal masih ditahan di hospital.

“Dalam pertemuan dengan Khairul Azwan dan Khairul Nizam, mereka begitu bersema­ngat dan menyatakan hasrat untuk tetap berlumba walaupun masih trauma.

“Doktor tidak boleh menjangkakan bila (mereka sembuh sepenuhnya) tetapi semua bergantung kepada semangat dan kekuatan pelumba itu sendiri.

“Untuk membuat keputusan, kita kena tunggu sehingga mesyuarat pengurusan pada 16 September ini dan jika mereka masih tidak pulih kedua-dua pelumba itu mungkin terpaksa menarik diri,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan kontinjen Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, dua pelumba basikal para lebuh raya negara cedera, manakala seorang pelumba pengiring retak kaki dan seorang lagi retak tulang belakang akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) ketika sesi latihan menjelang Sukan Para ASEAN.

Khairul Azwan, 25, antara pelumba yang diletakkan sasaran pingat emas dalam temasya 17 hingga 23 September itu, dan secara keseluruhan berbasikal menyasarkan 15 emas daripada 24 acara yang disertai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain