AZIZULHASNI AWANG menjadi harapan skuad lumba basikal untuk meraih pingat dalam Sukan Asia di Jakarta dan Palembang pada Ogos ini.

Pemilihan Firdaus yang merupakan Setiausaha Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur dibuat berikutan penarikan diri Setiausaha Persatuan Lumba Basikal Selangor, Amrun Misnoh atas alasan masalah kesihatan.

Firdaus ketika dihubungi hari ini mengesahkan pelantikannya dan bertekad akan bekerja keras untuk memastikan skuad berbasikal skurang-kurangnya dapat membawa pulang pingat daripada Sukan Asia 2018.

“Tumpuan saya ialah untuk memperbaiki pencapaian setelah skuad negara gagal membawa pulang sebarang pingat daripada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, selain cuba memperbaiki beberapa kesilapan strategi yang dilakukan pelumba negara di sana.

“Kali ini bukan sahaja kita meletakkan harapan tinggi untuk meraih pingat menerusi basikal trek malah kita juga akan berusaha untuk menyinar dalam acara lebuh raya. Itulah harapan saya,” katanya.

Setakat ini, sejak mengambil alih tempat Amrun sejak beberapa hari lalu, Firdaus berkata dia sudah pun menye­rahkan senarai panjang nama pelumba kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipertimbangkan.

“Kami menjangkakan nama tersebut akan disenarai pendek oleh MOM dalam bulan ini apabila mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Asia diadakan tidak lama lagi,” tambahnya.