Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rayuan Naim, PKBM ditolak, apa selepas ini?

MAT sebenarnya sudah terlewat seminggu hendak bercerita tentang kes saman sivil yang difailkan plaintif, Yayasan Sime Darby (YSD) terhadap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan bekas timbalan presidennya, Datuk Naim Mohamad selaku defendan.

Mat Sport
Mat Sport

Pada 7 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan PKBM dan Naim untuk mencabar keputusan Mahkamah Sesyen Sivil supaya kedua-dua defendan terutama Naim memulangkan semula sebahagian wang tajaan berjumlah RM288,272.56 kepada plaintif.

Selepas hampir setahun merayu dari tarikh Mahkamah Sesyen Sivil membuat keputusan pada 25 Ogos 2016, baharu kes ini selesai. Bayangkan berapa banyak masa terbuang begitu sahaja disebabkan penyalahgunaan kuasa individu yang bergelar pemimpin sukan. Ini belum lagi jika masa kes saman ini difailkan buat kali pertama pada 21 Januari 2016 diambil kira.

Bagi Mat, tiada guna memanjangkan kes yang jelas membuktikan PKBM dan Naim sudah benar-benar bersalah. Mat pernah menyeru sebelum ini agar PKBM dan Naim pulangkan sahaja duit yang telah digunakan itu bagi membersihkan namanya dan yang paling penting nama PKBM sendiri.

Kini timbul persoalan, selepas rayuan mencabar keputusan Mahkamah Sesyen ditolak oleh Mahkamah Tinggi, siapa yang sepatutnya membayar balik wang tersebut seperti mana yang diperintahkan mahkamah?

Pada Mat, Naim yang sepatutnya memulangkan wang tajaan tersebut kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab membelanjakan wang tersebut seorang diri dan bukannya PKBM. Senang cakap, Naim yang pakai semua.

Takkan PKBM yang tidak tahu tentang perbelanjaan tersebut pula yang kena bayar. Ada pihak lain juga mencadangkan PKBM menyaman pula Naim. Sudah jadi satu kes lain pula. Pi mai, pi mai bila hendak habis daa?

Maka jalan terbaik Naim kena pulangkan juga wang yang telah digunakannya itu. Mat difahamkan PKBM akan bermesyuarat selepas Aidilfitri ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini.

Harap Naim sedar tentang kepentingan beliau memulangkan semula wang YSD yang telah digunakannya itu kecuali jika beliau benar-benar tidak mampu melunaskannya atau sudah diisytiharkan muflis. Pada masa itu Mat rasa, PKBM akan tambah pening!

Sebagai rekod, pada 25 Ogos 2016, Naim dan PKBM telah diperintah oleh Mahkamah Se­syen Sivil Kuala Lumpur memulangkan sebanyak RM288,275.56 daripada keseluruhan RM2 juta wang tajaan YSD selepas berpuas hati dengan tuntutan saman YSD selaku plaintif bahawa berlaku percanggahan perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur kewa­ngan dan perjanjian.

Wang tersebut adalah untuk menaja perbelanjaan latihan tujuh pelumba bagi tempoh perjanjian antara 26 Januari 2010 hingga Mac 2012 terutama sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik London 2012 ketika itu. Ini termasuklah perbelanjaan untuk pelumba seperti Azizulhasni Awang (yang menang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016), Josiah Ng dan Fatehah Mustapha.

Daripada jumlah itu, RM220,295.86 didakwa telah digunakan Naim dan PKBM tanpa membekalkan dokumen-dokumen yang diperlukan se­perti resit misalnya sebagai bukti perbelanjaan, RM42,873.30 pula adalah wang yang belum di­belanjakan tetapi masih tersimpan dalam akaun defendan dan tidak pula dipulangkan kepada YSD manakala RM25,106.40 lagi adalah perbelanjaan fi pentadbiran yang dituntut defendan sedang­kan tidak termaktub dan tidak dibenarkan dituntut di bawah perjanjian penajaan tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain