Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PKBM sediakan khidmat peguam

Bantu pelumba hadapi kes di mahkamah

Abu SAMAH ABD. WAHAB (tengah) mendengar penjelasan daripada doktor
ABU SAMAH ABD. WAHAB (tengah) mendengar penjelasan daripada doktor Kol. Dr. Redzuan Azmi (kiri) ketika melawat Syafiq Suhaimy di bilik penginapan pelumba di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam .

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini bersetuju menyediakan khidmat perundangan secara percuma kepada semua pelumba para yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) minggu lalu.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab menjelaskan pihaknya akan menawarkan peguam hingga kes tersebut di­selesaikan termasuk bagi memastikan semua pelumba berkenaan mendapat pampasan sewajarnya.

Malah, katanya, PKBM melalui peguam, Datuk Amarjit Singh Gill telah pun memberikan perkhidmatan secara percuma selepas dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

“Saya difahamkan Datuk Amarjit yang juga Naib Presiden PKBM telah pun berhubung dan memberikan nasihat perunda­ngan kepada beberapa pelumba para,” katanya dalam satu kenya­taan yang dikeluarkan hari ini.

Abu Samah yang juga Pre­siden Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA) menjelaskan bahawa PKBM akan memastikan semua kepentingan pelumba berkenaan tidak akan diabai dalam menghadapi kes tersebut.

“Saya akan bawa usul mengenai perkara ini ke dalam mesyuarat Exco PKBM yang diadakan akhir bulan ini. Ini untuk memastikan diminitkan supaya menjadi perkara rasmi,” tambahnya.

Minggu lalu, pelumba para iaitu Mohd. Khairul Hazwan Wahab, Syafiq Suhaimy, Khairul Nizam Mohd. Ali dan Mohd. Ridzuan Zainal terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya Latar.

Jurulatih Johari Nayan juga terlibat dalam kemalangan tersebut dan rentetan insiden tersebut, seorang lelaki sudah dikenal pasti dan ditahan oleh pihak polis.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan yang mengalami patah tulang ketika ditemui menjelaskan dia redha walaupun tidak dapat beraksi dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL 2017).

“Sedih memang sedih. Saya sudah terbayang dua pingat emas Sukan Para ASEAN. Apapun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kehidupan terpaksa diteruskan sekalipun kini saya terpaksa memakai alat khas untuk menampung tulang belakang.

“Tanpa alat khas ini saya tak boleh duduk atau berdiri secara sempurna,” katanya sambil berterima kasih kepada PKBM ke­rana memberikan perkhidmatan perundangan percuma kepada­nya dan rakan lain.

Abu Samah yang bersimpati dengan nasib yang me­nimpa pelumba para itu berkata, pihaknya sudah pun mendengar pene­rangan dari doktor mengenai kedudukan dan masa depan mereka yang terbabit dalam sukan berbasikal ini.

“Saya sudah mendengar laporan daripada doktor dan semua pelumba. Amat menyedihkan dalam kes Mohd. Ridzuan yang berkemungkinan terpaksa me­lakukan kerja ringan dalam tempoh lama,” tegasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain