Penganjur Life Pro Fit Sdn Bhd hari ini, mengesahkan pasukan profesional itu akan tampil dengan sasaran untuk mempertahankan tiga gelaran yang dimenangi dalam perlumbaan tahun lalu itu.

Pishgaman adalah antara 20 pasukan yang mengesahkan penyertaan bagi perlumbaan edisi ke-53 berstatus 2.2 dalam kalendar UCI Asia Tour itu, bersama-sama sebuah lagi pasukan dari Iran, Tabriz Shahrdary.

Selain dua pasukan Iran itu, jelajah kali ini turut dihangatkan dengan penyertaan KFC Cycling Team dari Indonesia, Infinite AIS Cycling Team (Singapura), Aisan Racing Team (Jepun), Thailand Continental Cycling (Thailand), 7 Eleven Roadbike (Filipina), KSPO Bianchi (Korea Selatan) dan dua pasukan profesional benua negara, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team. Satu pasukan kelab CCN Cycling (Laos) turut disenaraikan.

Dua pasukan kebangsaan, Malaysia dan Brunei akan turut menghantar pelumba, selain tujuh pasukan tempatan iaitu PDRM, ATM, Selangor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Life Pro Fit Sdn Bhd,, Noraidiazhar Sulaiman berkata, penyertaan 11 pasu­kan bertaraf profesional be­nua itu, selain tujuh pasukan tempatan dan dua pasukan kebangsaan bakal menghangatkan perebutan lima jersi yang menjadi taruhan serta gelaran juara berpasukan keseluruhan di sepanjang lima hari perlumbaan.