Sekali pun pelumba berpengalaman berusia 31 tahun itu memenanginya dengan catatan masa 2 jam 50 minit 41 saat, namun dia masih gagal merampas jersi kuning (pendahulu keseluruhan) daripada Brendon Davids dari Oliver's Real Food Racing (OLI).

Tempat kedua dihuni Samuel Volkers dari CCN Cycling Team (CCN) setelah menamatkan perlumbaan 41s di belakang Perez Munoz, manakala Victor Nino Corredor (TSC) ketiga (+1:50s).

Berikut merupakan senarai lima nama pemenang jersi pada peringkat keempat yang melibatkan jarak sejauh 101.3 kilometer (km) itu:

1) Jersi kuning (pendahulu keseluruhan): Brendon Davids dari pasukan OLI.

2) ‎Jersi hijau (raja pecut): Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG).

3) Jersi ‎polka-dot (raja bukit): Wilmar Jahir Perez Munoz dari pasukan TSC.

4) ‎Jersi kelabu (pelumba muda terbaik): Ryan Thomas dari pasukan OLI.

5) ‎Jersi merah (pelumba terbaik Malaysia): Zawawi Azman dari pasukan TSC.- UTUSAN ONLINE