Pelumba berusia 29 tahun itu menaiki podium pertama selepas mencatat masa terpantas 3 jam 8 minit 6 saat pada perlumbaan sejauh 132.8 kilometer itu.

Tempat kedua dimenangi Saufi Mat Senan dari Sitra Kelantan (KEL), manakala seorang lagi pelumba TSG, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki ketiga, yang masing-masing turut berkongsi tempoh masa dengan Hariff.

Berikut merupakan pemenang bagi lima jersi yang dipertandingkan pada perlumbaan akhir JM edisi ke-53 itu:

1) Jersi kuning (juara keseluruhan): Brendon Davids dari pasukan Oliver's Real Food Racing (OLI).

2) ‎Jersi hijau (raja pecut): Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari pasukan TSG.

3) ‎Jersi polka-dot (raja bukit): Wilmar Jahir Perez Munoz dari pasukan Team Sapura Cycling (TSC).

4) ‎Jersi kelabu (pelumba muda terbaik): Ryan Thomas dari pasukan OLI.

5) ‎Jersi merah (pelumba terbaik Malaysia): Zawawi Azman dari pasukan TSC. - UTUSAN ONLINE