Gandingan Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd. Adnan mengatasi tentangan sengit duo Indonesia, Crismonita Dwi Putri dan Santia Tri Kusuma untuk meneruskan kecemerlangan skuad negara. Gangsa menjadi milik Thailand.

Terdahulu, trio pecut berpasukan lelaki negara turut meraih emas selepas menewaskan Thailand pada aksi final acara tersebut.

Gandingan Mohd. Shariz Efendi Mohd. Shahrin, Mohd. Fadil Mohd. Zonis dan Mohd. Khairil Nizam Rasol mencatat masa 44.725 meninggalkan Thailand lebih satu saat di belakang (45.758s). - UTUSAN ONLINE