Guardini, yang terkenal dengan jolokan Mr. Langkawi membuktikan dia tidak kekok setelah tidak bertanding pada edisi lepas apabila mencatat masa terpantas 3 jam 29 minit 4 saat.

Tempat kedua dimenangi Seo Joonyong dari KSPO Bianchi Asia Procycling, manakala Mekseb Debesay (Dimension Data) ketiga, yang masing-masing mencatat masa sama dengan Guardini.

Berikut merupakan pemenang jersi pada perlumbaan peringkat pertama dari Kangar ke Kulim melibatkan jarak sejauh 147.9 kilometer hari ini:

Jersi kuning (pendahulu keseluruhan)
- Andrea Guardini (Bardiani CSF)
Jersi hijau (raja pecut)
- Andrea Guardini (Bardiani CSF)
Jersi merah polka dot (raja bukit)
- Wang Bo (Hengxiang Cycling Team)
Jersi putih (pelumba terbaik Asia)
- Seo Joonyong (KSPO Bianchi Asia Procycling)-UTUSAN ONLINE