Katanya , perkara berkenaan tidak mustahil berdasarkan reputasi cemerlang pasukan negara yang diketuai Mohd. Azizulhasni Awang yang bergelar juara dunia acara keirin baru-baru ini.

Malah, beliau secara peribadi berharap skuad negara akan mengungguli acara lebuh raya selain menyapu sebanyak mungkin pingat dalam acara keirin.

“Pelumba kita terutama Mohd. Azizul Hasni berada pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan pesaing di rantau ini dan sudah pasti akan memberi suntikan semangat kepada barisan pelumba lain yang akan membawa cabaran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Santai Permatang Pauh sejauh 100 kilometer yang disertai lebih 800 peserta di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE